Sejarah / Latar belakang Gamelan

Gamelan di Malaysia mula bertapak di Riau Lingga di Johor dan kemudian ke Pahang dan akhir sekali ke Terengganu menurut tradisi dan ceritanya. Gamelan yang mula berkembang di Pahang dalam tahun 1800 sama seperti yang terdapat di Istana Yam Tuan Muda Riau di Pulau Penyengat. Keadaan demikian berlaku kerana dalam masa yang berkenaan daerah Johor, Pahang dan Terengganu berada di bawah pengaruh Riau Lingga atau Johor Riau.

Sultan Terengganu yang pertama Sultan Zainal Abidin 1 (memerintah dalam tahun 1726 – 1734) ialah keturunan Bendahara Johor Paduka Raja Tun Habib Abdul Majid. Bendahara Johor yang ke 19 mangkat dalam tahun 1696 dan saudaranya yang tua Tun Sulung kemudiannya diangkat menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah diangkat menjadi Raja dalam pemerintahan Bendahara mulai dari Bendahara Tun Tahir dari Johor hingga kepada Wan Ahmad yang kemudiannya mengangkat dirinya menjadi Sultan Pahang memerintah 1863 – 1914.

Dua dari putera puteri Sultan Ahmad telah berkahwin dengan dua orang Raja dari Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III (1881 – 1918) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Pada tahun 1972 kerajaan negeri Terengganu telah mengambil berat terhadap perkembangan Gamelan dan berhasrat menjadikan kesenian itu sebagai sebahagian daripada kegiatan kerajaan. Satu kumpulan telah ditubuhkan dengan nama Joget Gamelan Setia Usaha Kerajaan Terengganu (SUKTRA) yang dipengerusikan oleh Dato Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Pada tahun  1980, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil Muzik Gamelan sebagi anak angkat untuk mengekalkan kesenian dan tradisi tersebut bagi generasi akan datang. Setiap upacara rasmi seperti Konvokesyen dari lain-lain Muzik Gamelan adalah kesenian utama yang dipersembahkan dalam majlis tersebut. Bagi para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengikuti kursus Ko-kurikulum Muzik Gamelan salah satu kursus yang perlu di ikuti.


TANGGA NADA MUZIK GAMELAN
1        2        3        5        6        i
do      re       mi      sol      la       do

SALASILAH YANG LAIN TENTANG GAMELAN

MUZIK GAMELAN

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

 

Perkataan “gamelan” berasal daripada perkataan Jawa “gamel”, bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan Pahang diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

 

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

 

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

 

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terenganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama “Joget Pahang” kepada “Joget Gamelan Terengganu”.

 

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang, 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

ALATAN

Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.

 

Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, “Degung” (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan “madenda” (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

JENIS-JENIS GAMELAN

Gamelan Jawa

Gamelan Bali

Gamelan Sunda

Gamelan Banyuwangi

Gambang Kromong

Gamelan Amerika (American Gamelan)

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s